Wednesday, March 11, 2009

Breastmilk..

Info...

Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Puting susu bolehlah dibersihkah dengan air panas atau sabun. Buah dada juga elok diurut menghala ke arah puting. Segala kekotoran pada puting buah dada perlu dibersihkan kerana ini boleh menyebabkan aliran susu tersumbat.

Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi.Sebaik sahaja bayi dilahirkan, letakkan pada puting susu ibu kerana proses penghisapan akan mempercepatkan dan mempermudahkan pengeluaran air susu.

Biasanya pada hari pertama atau hari kedua selepas kelahiran, air susu belum banyak keluar, malah kadang-kadang tidak ada langsung. Saya ingin menegaskan penghisapan puting perlu dilakukan berulang-ulang kali untuk mempercepatkan proses pembentukan air susu.

Pada waktu ini sesetengah wanita mengeluarkan air jernih bukan susu yang digelar colostrums. Ini juga mengandungi khasiat pemakanan yg baik untuk bayi. Pada hari pertama dan berikutnya jika susu ibu tidak mencukupi, bayi boleh diberikan susu botol.Biasanya susu keluar pada hari kedua atau ketiga, namun demikian ada sesetengah ibu susunya keluar lebih lambat seperti tiga hingga lima hari kemudian. Kelambatan ini tidak perlu dibimbangkan kerana susu pasti akan keluar juga akhirnya.Bagi ibu yang melahirkan anak sulung, proses penyusuan adalah satu pengalaman baru.

Ibu mungkin terasa kekok pada mulanya. Sedutan atau hisapan bayi yang terlalu kuat mungkin menimbulkan rasa sakit. Jika percubaan pertama atau berikutnya masih gagal untuk memberi hisapan yang sepuasnya kepada bayi, kita tidak perlu putus asa dan terus memberhentikan usaha untuk menyusukan bayi. Seperti yang saya nyatakan tadi, jika kita berulang-ulang kali meletakkan bayi pada puting buah dada, dia akan cuba menghisap. Kadangkala bayi berasa hampa dan menangis kerana tidak ada susu yang keluar pada hari pertama dan kedua.

Info diperolehi daripada http://www.hamidarshat.com/

No comments:

Post a Comment